Padang Merdeka Di Kota Bharu Kelantan

Padang Merdeka atau dahulunya dikenali sebagai Padang Bank merupakan mercu tanda bersejarah di Kota Bharu. Padang ini telah merakamkan banyak peristiwa penting yang berkaitan rakyat dan negeri Kelantan. Di padang ini juga sering diadakan perarakan, keramaian dan pelbagai aktiviti persembahan yang lain.

padang

Utuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, padang ini dahulunya digelar Padang Bank kerana pembinaan sebuah bank yang diberi nama Bank Kerapu di kawasan padang tersebut. Bank tersebut juga dijadikan sebagai mem0rial perang. Struktur Bank Kerapu dianggap ganjil oleh penduduk kampung lalu menamakan padang tersebut sebagai Padang Bank. Namun, nama Padang Bank ditukar kepada Padang Merdeka setelah negara mendapat kemerdekaan.

bankkerapu

Padang Merdeka ini juga turut menyimpan pelbagai memori suka duka Perang Dunia Pertama. Padang ini juga pernah menjadi tempat kononnya mayat Tok Janggut digantung. Pun begitu, ramai antara kita yang tahu bahawa mayat yang digantung disini bukanlah Tok Janggut.

padang2

Semasa Perang Dunia Pertama, Empayar British terlibat sama dalam peperangan ini yakni ramai pengawai British yang datang berkhidmat di Malaya. Tidak kurang juga dengan warga tempatan yang turut terkorban dalam mempertahankan tanah air. Justeru itu, tugu-tugu peringatan telah dibina bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang terkorban dalam perang tersebut.

tomoyuki

Walaubagaimanapun, tugu yang dibina di Padang Merdeka yang berupa “Tiang Obelisk” ini telah menarik perhatian umum kerana sturktur tiang tersebut dikatakan mempunyai unsur spiritual kuno masyarakat barat. Ianya juga dikatakan mengandungi unsur iluminiti namun, kebenaran tentang perkara tersebut tidak dapat dibuktikan. Mungkin ianya hanyalah pandangan atau teori masyarakat sahaja.

padang3

Sehingga kini, rata-rata rakyat Kelantan mengenali Padang Merdeka sebagai Padang bank walaupun namanya telah ditukar sejak 58 tahun yang lalu. Ditambah lagi, dengan pembinaan sebuah bank di kawasan tersebut membuatkan masyarakay lebih dekat dengan panggilan Padang Bank.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.