Pantai Irama Di Pinggir Bachok

Pantai Irama terletak dipinggir bandar Bachok, kira-kira 20 kilometer dari bandar Kota Bharu. Apa yang uniknya tentang pantai ini adalah kedudukannya yang menghadap Laut China Selatan dan telah ditambak bagi mengelakkan berlakunya hakisan. Pantai Irama ini telah menjadi pusat pelancongan utama di Kelantan. Apabila menyebut tentang Pantai Irama, pastinya semua penduduk setempat akan mengetahuinya dan pantai ini juga merupakan tempat terbaik yang akan disarankan untuk pelancong.

Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dikawasan pantai seperti gerai makanan yang menjual pelbagai makanan laut dan minuman, taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat mandi dan menyalin pakaian, daratan, surau, dan tempatan letak kereta. Kemudahan-kemudahan ini disediakan khas untuk pelancong yang berkunjung ke sisi. Hal ini kerana, pihak yang bertanggungjawab ingin menyediakan tempat pelancongan yang selesa dan dilengkapi dengan kemudahan awam.

pantai irama

Di sini juga terdapat pasar malam yang diadakan pada setiap petang jumaat dan malam sabtu. Di pasar ini menjual pelbagai jenis barangan yang menarik dari segi barangan keperluan, cenderamata dan juga makanan. Selain itu, di pantai ini juga terdapat aktiviti menarik yang boleh disertai seperti Banana Boat, ATV, kereta kuda dan basikal. Aktiviti-aktiviti sebegini sangat sesuai untuk dilakukan bersama keluarga dan pastinya hubungan kekeluargaan akan bertambah erat.

pantai irama

Pantai irama sering dijadikan sebagai tempat beriadah oleh masyarakat setempat pada hujung minggu dan sering dijadikan sebagai tempat pesta dan acara keramaian. Bagi mereka yang ingin meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga, bolehlah jadikan pantai ini sebagai destinasi bersama keluarga. Keindahan yang ada pada pantai ini pastinya tidak akan merugikan anda.

pantai irama

Pantai-pantai sebegini sesuai bagi mereka yang ingin bersantai setelah penat bekerja dan meluangkan masa bersama -sama. Bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota bolehlah berkunjung ke sini dan pastinya perkara ini akan memberikan pengalaman yang manis dalam hidup anda. Hal ini kerana, pantai sememangnya mampu memberi ketenangan yang luar biasa dan suasana pantai juga seolah-olah mampu meninggalkan kesan yang kita sendiri tidak dapat rungkaikan.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.