Pantai Kuala Pak Amat Kelantan Dalam Sejarah Penjajahan Jepun

Pantai Kuala Pak Amat merupakan sebuah pantai yang cukup terkenal di Pengkalan Chepa, Kelantan. 73 tahun yang lalu, Pantai Kuala Pak Amat ini merakamkan detik cemas apabila Jepun menjadikan pantai ini sebagai tempat pendaratan dan serangan pertama mereka di tanah Melayu.

serang

Bukan itu sahaja, Pantai Pak Amat juga menjadi saksi bermulanya Perang Dunia Kedua di kawasan pasifik pada 8 Disember 1941. Pantai ini telah dipilih sebagai tempat pendaratan Jepun kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Siam dan Vietman yang mana pasukan musuh dijangka akan mara.

serang2

Kira-kira jam 12.20 pagi, hampir 6000 tentera Jepun yang diketuai oleh Mejar Jeneral Hiroshi Takumi yang mana terdiri daripada lapan buah kapal. Lima kapal perang dan tiga kapal pengangkut telah berjaya menakluk Kelantan setelah tentera British berundur ke Singapura. Amukan tentera Jepun dari arah laut gagal ditahan oleh tentera British yang meyebabkan mereka terpaksa mengalah walaupun beberapa kubu pertahanan telah pun dibina di sekitar pantai tersebut.

5thMalaya1

Pada awalnya, penduduk kampung dikatakan tidak menyedari akan kedatangan tentera Jepun dan menganggap bunyi tembakan dari arah pantai itu adalah latihan yang dilakukan oleh tentera British sementelah mereka telah membina kubu di tempat tersebut. Namun, setelah bunyi tembakan bertalu-talu tanpa henti, barulah mereka tahu bahawa tentera Jepun telah pun mendarat di Pantai Kuala Pak Amat.

Ramai tentera Jepun dan tentera British yang maut dalam pertempuran tersebut. Mayat-mayat mereka dikatakan bergelimpangan di kawasan pantai dan rumah penduduk kampung. Sepanjang pertempuran ini berlaku, penduduk kampung bersembunyi di rumah mereka dan tidak berani keluar kerana takut akan peluru sesat. Ada juga antara penduduk kampung yang menjadikan madrasah sebagai tempat persembunyian mereka.

21775745

Kini, Pantai Pak Amat hanyalah kini kenangan kerana tanahnya telah pun ditelan air Laut China Selatan. Kesan-kesan sejarah seperti kubu British juga tidak lagi kelihatan lantaran turut tenggelam ke dasar laut akibat hakisan pantai. Air Laut China Selatan telah pun menenggelamkan hampir sebahagian besar Pantai Pak Amat.

Image_4671

Sehingga kini, kenangan Perang Dunia Kedua yang berlaku di Pantai Kuala Pak Amat masih lagi diingati walaupun pantai tersebut kini hanya tinggal nama lantaran tiada inisiatif yang diambil untuk membaikpulih atau memelihara pantai tersebut. Mungkinkah pantai yang tersemat dalam lipatan sejarah Perang Dunia Kedua itu akan turut lenyap sepertimana kubu British yang telah pun hilang dari pandangan mata.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.