Pantai Sabak Dalam Sejarah

Pantai Sabak merupakan salah satu lokasi yang terlibat dalam sejarah Perang Dunia Kedua. Pantai Sabak ini terletak di jajahan Kota Bharu, Kelantan. Pantai ini merupakan satu lokasi yang strategik dan menjadi sasaran tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Dalam usaha untuk melindungi kawasan ini, tentera British telah membina kubu pertahanan di sepanjang Pantai Sabak hinggalah ke Bachok. Kubu ini dibina bagi menghalang kemaraan tentera Jepun yang datang dari arah laut.

kemaraan_jepun

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, tentera Jepun menjadikan Pantai Sabak sebagai sasaran utama mereka kerana kedudukan Pantai Sabak yang berdekatan dengan Siam dan Vietnam ditambah pula dengan pergerakan Jepun yang sehala dengan pantai ini dilihat akan memudahkan rancangan mereka untuk menawan Kelantan. Lantaran itu, tentera British telah membina kubu pertahanan di sekitar Pantai Sabak bagi melindungi lapangan terbang Pengkalan Chepa kerana kawasan ini merupakan kawasan yang penting kepada tentera British. Namun begitu, kubu British kini tidak lagi kelihatan dengan jelas lantaran ianya makin tenggelam dihakis laut.

dihakis

Walaubagaimanapun, asakan hebat daripada tentera Jepun berjaya melumpuhkan pertahanan British dan Pantai Sabak menjadi tempat pertama terjadinya peperangan yang dahsyat antara British dan Jepun. Serangan Jepun ini akhirnya berjaya mengalahkan tentera British dan menguasai Pengkalan Chepa serta seluruh jajahan Kota Bharu. Dalam serangan ini, Jepun berjaya menawan seluruh Kelantan. Semangat juang yang dibawa oleh Jepun membuktikan mereka berjaya memusnahkan kubu British yang dianggap kebal dan kuat.

seranagn jepun

Sumber mengatakan, Jepun telah membakar kapal-kapal mereka sendiri untuk menaikkan semangat tentera mereka kerana mereka tidak boleh berpatah balik dan perlu berperang habis-habisan jika ingin terus hidup. Hal inilah yang membuatkan tentera Jepun berjaya mengalahkan British dan menguasai pantai sabak serta kawasan-kawasan lain di Kelantan. British terpaksa berundur kerana tidak mampu untuk terus menahan asakan daripada tentera Jepun dan membiarkan kawasan tersebut ditawan oleh Jepun.

jepun

Bagi mengingati peperangan yang berlaku antara tentera Jepun dengan British di Pantai Sabak ini, pihak muzium telah membina satu tugu peringatan yang terletak di Pengkalan Chepa. Tugu ini dibina sebagai simbol sejarah yang perlu dipelihara agar ianya dapat menjadi bukti kepada generasi baru berkenaan penjajahan Jepun yang pernah berlaku di Tanah Melayu. Tugu ini juga menjadi pembakar semangat masyarakat Melayu untuk terus bangkit melindungi hak mereka daripada terus dijajah.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.