Peristiwa Pahit Gua Musang

4 Januari 1943 pernah mencatatkan peristiwa berdarah yang menimpa Gua Musang. Ramai orang Melayu telah dibunuh dengan kejam oleh seorang pengawai Komunis. Dalam peristiwa ini, seorang penduduk kampung, Allahyarham Nik Jaafar Nik Soh telah berjaya melarikan diri daripada menjadi mangsa bunuh komunis. Beliau telah lari ke Bentam untuk meminta bantuan di balai polis tersebut. Pada ketika itu, banyak rumah dan balai polis di Gua Musang telah dimusnahkan dan dibakar.

harta_benda_musnah

Pembunuhan ini telah mengorbankan banyak nyawa penduduk kampung termasuklah adik perempuan Nik Jaafar Nik Soh yang sarat mengandung. Nik Mah Nik Soh yang sarat mengandung gagal melarikan diri dan menjadi antara salah seorang mangsa kekejaman komunis. Berdasarkan catatan yang disimpan, mengatakan Nik Mah gagal melarikan diri dan hanya mampu menyorok di dalam longkang. Malang baginya apabila diserang hendap oleh tentera komunis. Jenazah Nik Mah juga tidak dapat dibawa keluar dari Gua Musang kerana tentera komunis mengganas dan sentiasa mengawal kawasan tersebut. Jenazahnya hanya sempat dikebumikan di tepi tangga belakang masjid di situ.

bunuh

jepun_berkawal.

Jenazah Nik Mah terpaksa dikebumikan di situ berikutan tentera komunis yang tak berhenti menyerang dan kebanyakan penduduk kampung telah melarikan diri ke Kampung Batu Papan. Sehingga hari ini, kubur Allahayarhamah Nik Mah masih lagi dipelihara dan berada di tengah-tengah masjid di hadapan mimbir. Masjid tersebut, kini dikenali sebagai Masjid Razaleigh di Bandar Lama Gua Musang. Keadaan ini seringkali menimbulkan tanda tanya kepada mereka yang tidak mengetahui tentang peristiwa berdarah yang menimpa Gua Musang terutamanya bagi mereka yang datang dari luar.

kubur

Serangan komunis ini turut menyebabkan penduduk kampung terpaksa berpindah berulang kali untuk mencari tempat perlindungan. Tumpuan komunis pada masa ini ialah Kampung Pulai yang dijadikan sebagai perkampungan mereka. Penduduk kampung ini sering diperas ugut oleh komunis semata-mata untuk memenuhi kepentingan mereka. Penduduk kampung ketika ini hanyalah bergantung kepada hasil pertanian dan apa yang dilakukan oleh tentera komunis ini cukup membuatkan hidup mereka menderita.

dibunuh_kejam

Pada tahun 1948, telah berlaku juga kejadian serang hendap oleh askar 3RAMD dengan tentera komunis di Sungai Semor, Kampung Pulai yang telah meragut 16 nyawa anggota tentera serta mencederakan seorang pengawai yang berpangkat Leftenan Muda. Dalam serangan ini, ramai tentera komunis turut terkorban. selepas tamatnya serangan ini, keadaan di kawasan tersebut kembali tenang dan kini dijadikan sebagai tempat untuk menjalankan kajian berkaitan sejarah. Banyak kenangan yang telah ditinggalkan di sini terutamanya kubur Allahayarhamah Nik Mah yang masih kekal hingga ke hari ini.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.