Pesara Tentera Dikhuatiri Lemas Ketika Cari Batu Di Sungai Kenerong, Dabong

Seorang pesara tentera dikhuatiri lemas ketika keluar mencari batu bersama ahli keluarganya di Sungai Kenerong, Dabong, petang semalam. Sebelum hilang dibawa arus deras,mangsa,Zamri Abdullah,44,dari RPT Sungai Terah Gua Musang sempat meminta anak serta ahli keluarga yang lain menyelamatkan diri .

tentera

Mangsa, ke lokasi kejadian bersama adiknya,Zamzuki,40, isteri,Nor Zalmawati Mat Nor,43, serta beberapa ahli keluarga lain kira-kira jam 12.30 tengahari mencari batu untuk diletakkan di pusara ibunya yang meninggal dunia empat hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai,Superintendan Abdullah Roning berkata,ketika mangsa dan ahli keluarganya sedang mencari batu, paras sungai naik secara tiba-tiba.

“Apabila melihat paras air naik secara tiba-tiba,mangsa mengarahkan anak – anak serta ahli keluarga yang lain naik ke tebing.

“Pada masa sama mangsa serta adiknya, Zamzuki turut memanjat tebing tetapi kedua-duanya tergelincir lalu jatuh ke sungai dan dibawa arus deras,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdullah berkata, Zamzuki yang tersangkut pada batu berjaya menyelamatkan diri,tetapi mangsa hilang dibawa arus sungai.

Susulan kejadian,operasi mencari dan menyelamatkan mangsa dilakukan lewat petang semalam melibatkan pihak polis serta anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai. Operasi dihentikan jam 7 petang dan akan disambung pagi ini.

Sumber:Sinar Harian

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.