Polis Kenal Pasti Lebih 100 Lorong Tikus Dari Kawasan Jeli Hingga Ke Tumpat

Polis Kelantan telah mengenalpasti lebih 100 lorong tikus di sempadan Malaysia-Thailand dalam usaha untuk mengekang kemasukan pelarian Rohingya secara haram ke negara ini berikutan pergolakan yang sedang berlaku di Myanmar.

Hasanuddin

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lantaran itu kawalan akan dipertingkatkan bagi membendung kemasukan pelarian Rohingya di kawasan sempadan tersebut sebagai usaha untuk mengelak daripada berlakunya perkara dan insiden yang tidak diingini.

w3-rohingya

“Polis sudah mengenal pasti terdapat antara 130 ke 150 lorong tikus yang diwujudkan untuk kegiatan penyeludupan di sempadan tersebut dari kawasan Jeli hingga ke Tumpat. Kita akan pantau dan tingkatkan kawalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kejohanan bola sepak dan bola tampar Piala Ketua Polis Kelantan di sini.

Terdahulu, di majlis tersebut, Hasanuddin, dalam ucapannya berkata, anggota polis di negeri itu perlu melakukan aktiviti fizikal bagi mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit kronik seperti serangan jantung, kencing manis dan buah pinggang.

Beliau berkata, mana-mana anggota yang didapati gagal mengawal berat badan, bakal terlepas peluang untuk dinaikkan pangkat.

Sumber:Sinar Harian

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.