Resah Tebing Terhakis – Penduduk Kampung Laut, Tumpat

Penduduk Kampung Laut, Tumpat bimbang kehadiran kapal sedut pasir akan menyebabkan berlakunya hakisan lantaran kapal tersebut terlalu hampir dengan kawasan tebing.

Dakwa mereka, aktiviti menyedut pasir di Sungai Kelantan dilakukan terlalu hampir dengan tebing penempatan penduduk sejak sebulan lalu dan perkara tersebut membimbang penduduk setempat.

Penduduk, Che Bakar Che Deraman, 67, berkata, sebelum ini aktiviti menyedut pasir dilakukan jauh dari penempatan penduduk.

image_4

“Kami memang tahu kapal pasir ini sedut pasir secara sah.

“Cuma kami bimbang sejak akhir-akhir ini ia sedut terlalu hampir dengan tebing Kampung Laut,” katanya.

Menurutnya, jika tiada pemantauan pihak berkuasa, mereka khuatir tebing Kampung Laut terhakis ditambah musim banjir sudah hampir dan dengan keadaan air deras, dikhuatiri memberi kesan negatif.

“Setakat ini tebing belum lagi terhakis tetapi jika kerap sangat sedut pasir hampir tebing, boleh terhakis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Lembangan Sungai dan Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Marziah Mohamad berkata, pihaknya belum menerima aduan daripada mana-mana pihak berhubung aktiviti menyedut pasir berhampiran tebing.

hqdefault_1

Bagaimana pun katanya, pihaknya akan menyiasat dakwaan penduduk itu.

“Pihak jabatan ada membuat pemantauan terhadap kerja-kerja pengambilan pasir oleh kapal korek tersebut.

“Semasa pemantauan, kerja pengambilan pasir dibuat dalam kawasan dibenarkan.

“Bagaimanapun sekiranya terdapat bukti jelas menunjukkan ketidakpatuhan atau melonggari syarat, tindakan akan diambil,” katanya.

Menurutnya, aktiviti menyedut pasir oleh kapal pasir berkenaan dilakukan secara sah.

Sumber:Sinar Harian

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.