RM17 Juta Peruntukan Baik Pulih Pantai Mek Mas Dan Pantai Kundor

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) memperuntukkan RM17 juta dalam usaha mengatasi masalah hakisan jangka panjang bagi Pantai Kundor dan Mek Mas sepanjang kira-kira tiga kilometer.

pantai

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, skop projek bagi mengatasi masalah berkenaan melibatkan pembinaan ‘groin’, penambakan pasir dan lapis lindung batu.

“Projek ini dijangka akan ditender pada bulan hadapan, sebelum kerja-kerja dilakukan awal tahun hadapan dan tempoh masa penyiapan mengambil masa sehingga 18 bulan.

pantai2

“Usaha ini akan siap sebagaimana yang ada di Pantai Cahaya Bulan (PCB) ini dan kita berharap, menerusi projek ini, 400 penduduk di sekitar Kampung Mek Mas dan Pulau Kundor berasa lega setelah puluhan tahun bimbang setiap kali tibanya musim banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja di beberapa lokasi di PCB, Pantai Mek Mas dan Kundor. Turut hadir, Pengarah JPS Kelantan, Kamal Mustapa dan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Datuk Zaluzi Sulaiman.

kundor-1

Wan Junaidi berkata, projek mengatasi masalah hakisan pantai penting dalam memastikan kawasan penemmpatan, pelancongan dan kawadan pertanian di pesisir pantai terpelihara.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sistem amaran awal yang dilaksanakan di Kelantan, Terengganu dan Pahang mampu membuat ramalan banjir dengan tepat dua hari lebih awal.

image

“Sekiranya dijangka berlaku hujan lebat sehingga berlaku banjir, pihak berkaitan termasuk Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (Nadma), Polis Diraja Malaysia, tentera, Bomba dan Penyelamat serta Rela mampu membuat persediaan awal.

“Menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kita boleh membekalkan maklumat dengan memberi amaran kepada pihak penyelamat sekurang-kurangnya dua hari sebelum menggunakan satu sistem yang boleh menjangkakan berlakunya banjir besar di negeri ini,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.