Rumah Api Kawal Kawasan Perairan

Tumpat merupakan salah satu jajahan yang terdapat di negeri Kelantan dan merupakan bandar utama di Kelantan. Bandar Tumpat adalah satu bandar yang sangat strategik bahkan menjadikannya salah satu tempat pengangkutan dan pelabuhan yang tersohor suatu masa dulu. Selain adanya Keretapi Tanah Melayu sebagai pengangkutan, Tumpat juga turut dijadikan sebagai pelabuhan yang gemilang pada sekitar tahun 1900. Rumah-rumah api telah dibina di beberapa kawasan yang strategik di Kelantan khusus untuk pelayar dan pedagang yang keluar masuk negeri ini. Rumah-rumah api ini dibina oleh Syahbandar yang bertanggungjawab pada masa itu.

di tumpat

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, rumah api yang terawal dibina dengan menggunakan kayu yang setinggi lebih kurang 30 kaki. Rumah api ini dibina meruncing ke atas dan berbentuk empat segi. Manakala, pada bahagian atasnya pula dibuat lantai bagi menempatkan lampu. Rumah api ini terletak di kawasan pantai yang bersebelahan dengan jeti yang kini dikenali dengan nama Padang mahkota dan berdekatan dengan rumah Ketua Jajahan Tumpat. Walaubagaimanapun, rumah api itu kini tidak lagi kelihatan.

Terdapat satu lagi rumah api yang dikenalpasti di Tumpat iaitu rumah api yang terletak dalam kawasan stor Keretapi Tanah Melayu. Pembinaan lebih moden yang mana rumah api ini dibina dengan menggunakan bahan batu-bata, reka bentuk rumah api ini adalah bulat dengan tirus ke atas. Ketinggian rumah api ini ialah 70 kaki dan ukur lilit bawahnya kira-kira 37 inci. Untuk memudahkan aktiviti pemasangan dan pemadaman api, sebuah tangga telah dibina di bahagian dalam rumah api tersebut.

rumah_api_kedua

Rumah-rumah api di Tumpat ini dipercayai telah dibina sebelum Perang Dunia Kedua bagi tujuan mengawasi kawasan perairan Tumpat. Dikatakan rumah api ini dibina oleh pasukan polis laut untuk tujuan keselamatan. Semasa Kelantan di bawah pemerintahan tentera Jepun juga, rumah api digunakan untuk mengawasi kawasan perairan daripada serangan musuh. Pelabuhan di sini juga turut dijadikan kawasan rondaan tentera Jepun untuk memastikan keselamatan kawasan tersebut.

dekat ktm

Namun kini, rumah-rumah api tersebut tidak lagi digunakan. Lantaran, dengan adanya teknologi moden khususnya dalam bidang pelayaran, para pelayar tidak lagi memerlukan rumah api sebagai petunjuk arah mereka. Rumah api kini telah dijadikan sebagai salah satu tinggalan sejarah dan dijaga rapi oleh pihak bertanggungjawab agar tinggalan sejarah tersebut tidak musnah dalam arus pembangunan. Rumah api ini juga dipelihara untuk tontonan umum agar generasi baru dapat melihat dan kenal apa itu rumah api dan fungsinya kepada masyarakat dahulu.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.