Sedikit Kisah Tentang Haji Yaakub Lorong Gajah Mati, Guru Agama Di Kota Bharu Kelantan

Haji Yaakub bin Haji Ahmad atau lebih dikenali sebagai Haji Yaakub Lorong Gajah Mati merupakan salah seorang guru agama paling terkemuka dan disegani di Kota Bharu, Kelantan. Ketokohan beliau sangat dikenali pada suku kedua abad ke-20 masihi.

hjyaaqcub

Haji Yaakub Lorong Gajah Mati juga merupakan murid kanan kepada Tok Kenali bersama beberapa lagi murid beliau yang lain iaitu Haji Saad Kangkong, Haji Ali Pulau Pisang Haji Abdullah Tahir Bunut Payong dan lain-lain yang juga turut terkenal dengan ketokohan dan sumbangan masing-masing dalam bidang agama.

hjsaad

hajiali

abdullah

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Tuan Guru Haji Yaakub ini dilahirkan di Lorong Gajah Mati, Kota Bharu pada 1895. Kerjaya awal beliau bermula sebagai kerani di Mahkamah Syariah Kota Bharu dan pernah ditugaskan untuk mengambil peringatan mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK).

Manakala, pada 1 April 1992 pula,beliau dilantik sebagai guru di Madrasah Muhammadiah ( Sekolah Melayu Majlis ) dengan gaji permulaan RM20 sebulan. Selepas 15 tahun ( mulai 1 Julai 1938) bertugas, Tuan Guru Haji Yaakub telah bertukar menjadi guru kitab di Majlis Muhammadi ( nama rasmi Masjid Besar Kota Bharu) yang berperanan sebagai pusat pengajian pondok terpenting di Kelantan pada waktu itu.

Setelah menjadi guru kitab di Majlis Muhammadi, gaji beliau telah meningkat kepada RM 28 sebulan. Seterusnya mulai 1 Januari 1940, Haji Yaakub telah bertukar ke Jami’ Merbau al-Ismaili ( nama awal Maahad Muhammadi ) apabila pengajian kitab di Masjid Muhammadi berpindah ke situ. Gaji bulanannya ( sejak awal 1940 ) ialah RM34 dan beliau kekal berkhidmat di situ sehingga tahun 1945.

7425557

Tuan Guru Haji Yaakub meninggal dunia di Kota Bharu pada 8 Disember 1956. Beliau telah meninggalkan tiga orang anak lelakinya yang juga dikenali ramai iaitu Dato Haji Hussin seorang ahli perniagaan yang juga merupakan pewakaf Masjid Al-Muttaqin di Lundang dan Masjid al-Ihsan di Dusun Muda, Kota Bharu, Haji Hassan seorang Pengasas Pustaka Aman Press, Kota Bharu dan pewakaf Sekolah Islam Aman Kota Bharu, dan Ustaz Yusoff Zaky atau dikenali juga sebagai Dato’ Sri Setia Panglima Di Raja yang dikenali sebagai pengarang terkemuka pengasas Pustaka Dian Kota Bharu dan Perterjemah Tafsir fi Zilal al- Quran.

Antara murid-murid harapan Tuan Haji Yaakub yang tersenarai ialah Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz, Dato’ Haji Ismail Yusoff, Tuan Guru Engku Haji Syed Hassan Lemal, Tuan Guru Haji Awang Nuh Beris Kubur Besar, Ustaz Wan Muhd Saghir Kg. Baru , Pasir Pekan , Tuan Guru Haji Abdul Wahid Sungai Udang (Melaka) dan Tuan Guru Haji Ahmad Osman, Hutan Palas , Bukit Keplu , Kodiang, Kedah.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.