Sejarah Kampung Salor Di Kelantan

Salor merupakan sebuah daerah dan perkampungan yang terletak di bahagian barat Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Daerah ini terletak dalam laluan dari ibu negeri Kelantan ke Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah, Jeli dan utara negeri-negeri di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia. Disamping itu, Salor juga terletak dalam Parlimen Kubang Kerian.

Kampung

Kampung Salor ini merupakan antara sebuah kampung yang terkenal dari sejak dahulu lagi. Dari segi sejarah, kampung ini pernah mempunyai raja-raja yang memerintah daerah Salor. Raja pertama kampung Salor bernama Long Muda gelar Engku Kota iaitu anakanda Yang Di Pertuan Long Yunus. Baginda menjadi Raja Salor pertama selepas dianugerahkan oleh kekanda Baginda iaitu Sultan Muhammad I selepas selesai dari peritiwa Perang Kelantan-Terengganu pada tahun 1801.

Pun begitu, pemerintahan raja-raja daerah Salor ini tidak lama, lantaran telah berlakunya pembunuhan ke atas Tuan Kuning, yang merupakan Raja Salor ketiga dan seluruh keluarganya pada penghujung dekad 1840-an kerana dituduh menderhaka kepada Sultan Muhammad II yang ketika itu merupakan raja Kelantan.

Manakala,dari segi perkembangan pula, Salor pernah menjadi pusat perniagaan daerah yang maju dan dikunjungi oleh para peniaga dan orang ramai dari jauh mahupun dekat. Kampung Salor mempunyai sawah padi yang luas terbentang, seluas mata memandang. Kampung ini juga pernah menjadi pusat perkembangan syiar Islam yang mana pada masa dahulunya pernah terdapat beberapa orang tok guru yang terkenal selain pernah menjadi wadah pertumbuhan yang subur kepada seni budaya tradisional negeri Kelantan.

tanah

Pada masa yang lalu di Kampung Salor ini juga terdapat beberapa orang tok bomoh yang terkenal. Pada masa itu, rawatan perubatan moden masih belum lagi meluas seperti hari ini. Selain itu juga, Kampung Salor turut terkenal dengan kecantikkan wanita-wanitanya yang sukar ditandingi di seluruh negeri Kelantan.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.