Sejarah Masjid Tok Pulai Chondong Di Machang Kelantan

Masjid Tok Pulai Chondong merupakan antara masjid bersejarah di Kelantan selain Masjid Muhammadi, Masjid Kampung Laut dan Masjid Langgar. Masjid Menara Kayu Chondong ini juga dikenali sebagai Masjid Menara Kayu Chondong dan terletak kira-kira 33 kilometer dari bandar Kota Bharu. Masjid ini juga sudah pun berusia 154 tahun dan masih gah berdiri sehingga ke hari ini.

qgqni7e0f/z

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Tok Pulai Condong merupakan gelaran kepada seorang ulamak tersohor di kelantan pada masa itu iaitu Tuan Guru Haji Abdul Samad bin Haji Abdullah bin Haji Hashim. Beliau juga merupakan orang yang bertanggungjawab membuka Kampung Bilal Talib dan juga Masjid Pulai Chondong.

chondong

Nama Tok Pulai Chondong ini dikatakan diambil sempena nama sebuah pokok yang agak besar dan condong di pinggir kampung tersebut. Pokok itu dikatakan telah wujud sebelum perkampungan itu dibuka lagi. Dari situlah, kampung, masjid serta beliau sendiri diberi nama jolokan Tok Pulai Chondong.

masjid

Apa yang menariknya tentang masjid ini ialah menaranya. Ketinggian menara tersebut adalah setinggi 57 kaki yang diperbuat daripada kayu cengal batu yang didirikan secara bergotong-royong bersama penduduk kampung. Menara ini berbentuk lapan persegi dengan lilitan luarnya kira-kira 12 kaki. Dikatakan, tiang yang terdapat di dalam menara tersebut tidak bersambung yang ditanam sedalam 8.3 meter dari aras tanah. setiap kali masuk waktu solat, bilal akan naik ke menara tersebut untuk melaungkan azan.

tok pulai

Masjid ini juga dikatakan pernah terbakar sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1820 dan 1856. Disebabkan itu, Tok Pulai Chondong mengambil keputusan untuk memindahkan masjid tersebut ke Kampung Surau yang terletak tidak jauh dari tapak asalnya. Pada 1856 masihi, dengan kerjasama penduduk kampung, sebuah masjid baru telah berjaya dibina di tepi Sungai Pulai Chondong yang kekal sehingga ke hari ini. masjid baru ini juga turut diberi nama masjid Tok Pulai Chondong yang dilengkapi dengan mimbar, geduk dan menara kayu.

msjd pulai

Pun begitu, binaan masjid yang dilihat pada hari ini bukanlah binaan asalnya kerana masjid tersebut telah beberapa kali dirombak dan diubahsuai. Namun, geduk serta mimbar lama masih lagi tersimpan di dalam masjid ini. Menara kayunya juga masih kukuh dan telah menjadi tempat untuk meletakkan pembesar suara.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.