Sejarah Pangkalan Udara Gong Kedak Dalam Negeri Kelantan Dan Terengganu

Pangkalan Udara Gong Kedak di Kelantan adalah sebuah lapangan terbang tentera yang unik kerana lokasinya yang terletak di dalam dua buah negeri iaitu di Kelantan dan Terengganu. Secara amnya pangkalan udara ini terletak di bandar Gong Kedak, Pasir Puteh, Kelantan. Pun begitu, ianya juga termasuk yakni mengambil kawasan Beris Pak Abu, yang terletak di Terengganu.

udara

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan ini merupakan pangkalan udara yang tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Pangkalan ini juga menempatkan Skuadron Penerbangan iaitu No. 11 Squadron Su-30 MKM, selain No. 321 Skuadron. Menurut catatan, Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan ini telah ditubuhkan secara rasmi pada 13 Februari 1998 dan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan November 1998.

Su-30_MKM

Sebelum itu, di kawasan ini telah pun wujud sebatang landasan kapal terbang sebelum Perang Dunia Kedua lagi yang dibina oleh pihak Tentera Udara British. Pada awal tahun 1960-an, landasan ini masih lagi digunakan oleh Tentera Udara British di samping Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pada tahun 1993, lokasi ini telah dibangunkan dengan penempatan sebuah unit TUDM dan telah beroperasi yang pada awalnya dikenali sebagai Skuadron 321 Bukit Puteri.

Gong-_Kedak

Pada bulan Mac 1993, pangkalan ini telah bermula dengan unit kecil yang dinamakan Tim Pendahuluan Skuadron 321 TUDM Bukit Puteri. Kemudian pada tahun 1995 pula, projek pembangunan Pangkalan Udara Gong Kedak telah diluluskan. Seterusnya Pangkalan Udara Gong Kedak telah ditubuhkan pada 13 Februari 1998 dan mula beroperasi pada bulan November 1998.

hqdefault

Di atas tujuan pembesaran dan memperkasakan lagi pertahanan negara khususnya TUDM, kerajaan telah memulakan proses pengambilan tanah di sekitar kampung Gong Kedak, Gong Badak, Kelantan dan kini kawasan tersebut telah meluas ke beberapa kampung sekitar iaitu Kampung Gong Tengah, Kampung Gong Manak di daerah Pasir Puteh, Kelatan dan Kampung Beris Pak Abu daerah Besut, Terengganu. Pengambilan tanah ini khas untuk pembinaan Pangkalan Udara Gong Kedak, Kelantan dan prosesnya telah dijalankan oleh Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1981 dan berakhir pada tahun sekitar 2000.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.