Sejarah Pekan Palekbang Tumpat, Kelantan

Suatu masa dahulu, pekan Palekbang merupakan sebuah pekan yang cukup terkenal dalam masyarakat Kelantan. Disini juga terletaknya masjid paling bersejarah di Asia Tenggara iaitu Masjid Kampung Laut di Kampung Laut yang dibina oleh sekumpalan mubaligh yang dalam perjalanan ke Pattani di Thailand Selatan dan ke Jawa di Indonesia.

signboard1

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, di Palekbang ini juga terdapat stesen kereta api yang kini menjadi salah satu sejarah di daerah Tumpat. Stesen kereta api Palekbang ini merupakan stesen kereta api yang utama di Kelantan suatu ketika dahulu yang mana ianya telah menjadi jalan penghubung utama bagi penduduk di Tumpat dan Kota Bharu untuk ke Pahang dan negeri Pantai Barat yang lain.

IMG_9975

Pada masa ini juga, turut terdapat perkhidmatan feri yang menggunakan kayuhan roda besar yang mampu memuatkan sebuah kereta. Perkhidmatan feri ini disediakan dari Kota Bharu ke Palekbang. Pada masa ini juga terdapat kilang air Fraser & Neave (F&N) yang turut dibina bersebelahan dengan stesen kereta api ini. Namun kini, ianya telah dirobohkan dan yang tinggal hanyalah tapak bangunan sebagai kenangan kewujudannya

Namun begitu, selepas sebuah jambatan yang diberi nama Jambatan Sultan Yahya Petra, fungsi stesen kereta api Palekbang sebagai stesen utama bagi jajahan Tumpat telah diambil alih secara berperingkat oleh stesen kereta api Wakaf Bharu. Selain itu, pembangunan di pekan Palekbang juga dikatakan agak ketinggalan jika dibandingkan dengan Kota Bharu yang pesat membangun.

64012032

Hal ini kerana, penduduk di sini hanya menggunakan Jambatan Sultan Yahya, iaitu satu-satunya Jambatan di Kota Bharu untuk merentasi Sungai Kelantan untuk ke Kota Bharu. Berbanding dengan Pasir Mas misalnya yang mempunyai 2 Jambatann iaitu Jambatan di Tendong dan Jambatan Salor-Pasir Mas untuk menyeberangi Sungai Kelantan walaupun perbezaan jurang penduduk sangat ketara dengan Kota Bharu yang semakin padat.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.