Sejarah Penubuhan Pasukan Polis Kelantan

Semasa Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani pada 1909, dikatakan Kelantan telah pun mempunyai Pasukan Polis Melayu di bawah kawalan seorang putera raja, Tunku Sri Maharaja seramai 268 orang. Di samping itu, terdapat lebih kurang 60 anggota Polis Sikh yang dikenali sebagai Polis Tentera (Military Police) yang berfungsi sebagai anggota kawalan dan pengiring.

kelantan

Pada 1910, G. Cullen daripada pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States) telah dipinjamkan ke Kelantan sebagai Penguasa Polis dan diberikan tugas untuk menyusun semula Pasukan Polis Kelantan. Pada masa itu juga, Polis Tentera telah diserapkan ke dalam pasukan Polis Kelantan. Pusat Latihan Polis juga dibentuk untuk melahirkan pasukan Polis yang berwibawa. Tunku Sri Maharaja pula terus kekal sebagai Pesuruhjaya Polis.

kelantan2

Manakala, bermula tahun 1910 pula, jawatan Penguasa Polis telah ditukar kepada Ketua Pegawai Polis. G. Cullen mengetuai polis Kelantan selama 3 tahun dan telah banyak membantu memajukan pasukan tersebut. G. Cullen digantikan oleh Kapten Tomlison dan menjawat jawatan Ketua Pegawai Polis selama setahun. Pada 28 April 1913 pula, Kapten Tomlison telah digantikan oleh Kapten H.A. Anderson.

kelantan3

Dibawah pimpinan Kapten Anderson, beliau telah memperkukuhkan Pasukan Polis Kelantan dengan menekankan corak disiplin ketenteraan. Apabila perang 1914 meletus, beliau telah diminta untuk membantu mengaturkan dan mengorganisasikan polis sukarelawan yang dianggotai oleh orang Eropah di Kelantan.

006

Pun begitu, pada tahun 1915, beliau meninggalkan Tanah Melayu dengan tujuan untuk menganggotai semula Angkatan Tentera. Walaubagaimanapun, perkhidmatan beliau berkhidmat dalam Angkatan Tentera tidak lama kerana beliau jatuh sakit.

Semasa ketiadaannya, kebangkitan yang dipimpin oleh Tok Janggut meletus di Kelantan terutamanya di Pasir Putih. Seorang anggota polis berpangkat Sarjan dikatakan telah dibunuh oleh kumpulan Tok Janggut. Kebangkitan itu dapat dipadamkan oleh Inggeris yang mendapat bantuan polis Singapura.

Anderson bersara dalam tahun 1934 dan terus menetap di Kota Bharu. Semasa pendudukan Jepun, beliau telah ditahan di Singapura. Selepas dibebaskan, beliau kembali ke Kota Bharu dan meninggal dunia di sana pada 24 Januari 1955. Selepas kematian beliau, kedudukannya telah digantikan oleh D. Hillary, selepas itu E.C. Tidy dan E.W. Mumford. Sebelum pPerang Dunia Kedua berlaku, Kekuatan Pasukan Polis Kelantan ialah seramai 388 anggota.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.