Senjata Makan Tuan, Kisah Di Kota Bharu Kelantan

Seorang anggota Jabatan Sukarelawan (RELA) dilaporkan maut akibat tertembak diri sendiri ketika menunggang motosikalnya di kampung Kolam, Tok Uban Pasir Mas, awal pagi Rabu lalu (2 Ogos 2017). Mangsa, Mohd Roddin Hashim, 45 dikatakan maut apabila senapang patah milik RELA yang diletakkan dalam raga motosikalnya meletup dengan sendiri lalu terkena bahagian leher beliau.

patah

Kejadian tersebut dilaporkan terjadi kira-kira jam 2.45 pagi. Senapang patah milik RELA itu dipercayai meletup dengan sendirinya menyebabkan peluru daripada senapang tersebut mengenai leher mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal bersama isterinya. Mangsa yang cedera parah di leher maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, mengesahkan kejadian tersebut. Beliau mengatakan, mangsa bersama isterinya dalam perjalanan ke kawasan hutan yang terletak tidak jauh dari kawasan rumahnya untuk melakukan aktiviti perburuan. Bagaimanapun, mangsa maut tertembak senapangnya sendiri.

polis

Menurut Datuk Hasanuddin Hassan, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat. Siasatan awal terhadap mangsa, mendapati mangsa sememangnya mempunyai lesen senjata api yang sah. Kejadian sebegini membuktikan, maut boleh menjemput kita tidak kira dalam apa jua keadaan sama ada kita bersedia atau tidak maut tetap akan datang bila tiba masanya.

senapang

Lantaran kejadian ini, Ketua Polis Kota Bharu menasihati mereka yang memiliki senjata api lama supaya lebih menitikberatkan soal keselamatan dan sentiasa berhati-hati setiap kali membawa senjata tidak kira di mana sekali pun. Menurut beliau lagi, pemilik senjata api perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan ketika membawa senjata api lama. Al-Fatihah buat mangsa (Mohd Roddin Hashim).

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.