Sepintas Lalu Berkenaan Tanah Merah, Kelantan

Mengikut sejarah Melayu, Tanah Merah merupakan ibu kota bagi kerajaan Melayu lama yang dikenali sebagai kerajaan Chih Tu. Rekod China dalam Dinasti Sui pada kurun ke-7 pula, mengatakan terdapat satu penempatan dan pemerintahan berpusat Kerajaan yang dikenali sebagai Chih Tu (Bumi Merah) di satu kawasan yang mana pada hari ini dikenali sebagai Kelantan.

bandar

Tanah Merah pada hari ini merupakan satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang telah berkembang dengan pesatnya. Tanah Merah juga dikenali sebagai bandar kedua di negeri Kelantan selepas Kota Bharu dan terletak di tepi landasan kereta api dari Gemas di selatan ke Tumpat utara.

Gemas

Untuk pengetahuan pembaca orangkelantan.com, pada awalnya, Tanah Merah merupakan sebahagian daripada jajahan Pasir Mas namun, pada 2 Februari 1955, jajahan Tanah Merah telah diwujudkan yang mana Bandar Tanah Merah telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Beberapa Penguatkuasa Tempatan diwujudkan di bawah Undang-Undang Kerajaan Tempatan 1952 bagi tujuan untuk melicinkan pentadbiran Bandar Tanah Merah dan pekan-pekan lain di sekitarnya.

tmerah

Bentuk muka bumi di tanah Merah ini dipengaruhi oleh bentuk Sungai Kelantan yang lebar serta mampu mengairi kawasan pertanian seperti ladang getah, sawit dan tembakau. Tempat yang berhampiran dengan Tanah Merah ialah Machang, Jelatok, Sungai Kusial, Kampung Sat, Kampung Panjang, dan Kampung Joh.

Sungai

Di bandar Tanah Merah ini juga terdapat banyak tempat membeli-belah yang boleh dikunjungi seperti Pasaraya Aneka, Pasaraya Salamku, Pasaraya Pantai Timor, Pasaraya Pantai Timor Bukit Bunga, Pasaraya KS Chu Harmoni, Pasaraya Borong MM, Pasaraya Ku Bukit Bunga dan banyak lagi.

aneka

Selain pasaraya, bandar Tanah Merah juga turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti bank, balai polis, hospital sekolah-sekolah serta banyak lagi kemudahan lain. Terdapat juga agensi kerajaan pusat seperti Rejimen Sempadan 301 Tentera Darat Malaysia, Ibu Pejabat Balai Bomba Dan Penyelamat Malaysia Cawangan Tanah Merah, Jabatan Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna dan sebagainya. Majoriti penduduk di Tanah Merah ialah kaum Melayu iaitu sebanyak 90%, berbanding kaum-kaum lain.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.