Suara Aneh Seakan “Lelaki Bertempik” Dari Tanah Perkuburan Di Tumpat, Kelantan

Mufti Kelantan berkata, suara aneh seakan “lelaki bertempik” dari tanah perkuburan di Tumpat, mungkin gangguan iblis dan syaitan yang mahu menakutkan manusia. Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, makhluk itu wujud dan mereka boleh meniru suara atau menyerupai sesiapa sahaja yang hidup atau yang telah meninggal dunia, lapor Sinar Harian.

kelantan

“Begitu pun keadaannya, manusia tidak seharusnya takut, sebaliknya hantu yang perlu takut pada manusia kerana iblis adalah kuli manusia.

“Jika kita takut, macam kita pula kuli mereka,” katanya, memetik surah Al-Baqarah ayat 30 berkaitan peranan manusia sebagai khalifah (pemimpin) di bumi.

Slide2-12.

Tokoh agama itu mengulas dakwaan staf Majlis Daerah Tumpat, Mahadi Mat Salleh yang beberapa kali mendengar suara lelaki dan perempuan bertempik dari tanah perkuburan di Kampung Cherang Melintang. Pun begitu, Mohamad Shukri menasihatkan agar penduduk tidak mengaitkan suara misteri itu dengan sesiapa yang meninggal dunia untuk mengelakkan berlakunya sebarang perbalahan, sebaliknya berdoa yang baik-baik.

Katanya, jika orang ramai mahu mengaitkan suara itu dengan seksa kubur maka ianya memang wujud tetapi hanya nabi sahaja yang boleh mendengarnya.

“Dan setara mana sekalipun kekuatan atau kehebatan orang biasa, tetap tidak akan dapat mendengar jeritan seksaan kubur,” katanya.

Solat_Hajat

Lantaran kejadian itu, penduduk kampung Cherang Melintang dan beberapa kampung sekitar telah hadir untuk menunaikan solat hajat dan tahlil di Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal untuk memohon kerahmatan dan keampunan Allah susulan kejadian penduduk mendengar suara aneh dari kubur.

Kira-kira 200 penduduk kampung Cherang Melintang, Kampung Ana, Kampung Jal Besar, Kampung Padang Mandol dan Tok Oh hadir solat hajat itu yang diimamkan oleh Guru Pondok Jal Besar, Fadhil Zakaria. Pengerusi Tanah Perkuburan Islam Mukim Jal Besar, Che Husien Che Soh berkata, tahlil, solat hajat dan diadakan juga solat dhuha ini sudah lama dirancangkan dan ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna pada pagi Jumaat.

Sumber: Sinar Harian

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.