Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra, Sultan Kelantan Ke-28

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan lsmail Petra Ibni Al-Marhum Sultan Yahya Petra merupakan Sultan negeri Kelantan Darul Naim ke-28. Baginda mula menaiki takhta pada tahun 1979 sehingga 14 September 2010, menggantikan ayahanda baginda iaitu al-Marhum Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ismail Petra. Istana rasmi baginda terletak di Kubang Kerian dan dikenali sebagai Istana Mahkota.

DYMM_Sultan

Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra mempunyai empat kekanda iaitu Tengku Marjan, Tengku Rozan, Tengku Salwani dan Tengku Rohani. Tuanku Ismail Petra telah berkahwin dengan Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid yang merupakan Raja Perempuan Kelantan pada tanggal 4 Disember 1968 di Kota Bharu.

Hasil perkahwinan mereka, baginda telah dianugerahi empat orang cahaya mata iaitu Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra, kini (Sultan Kelantan), Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismail Petra, kini (Tengku Mahkota Kelantan), Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni Sultan lsmail Petra dan Tengku Amalin A’ishah Putri binti Sultan lsmail Petra.

cats

Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra yang sering gering menyebabkan baginda tidak dapat menjalankan tugas mentadbir negeri dengan sempurna. Hal ini telah menyebabkan anakanda baginda, Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra ibni Sultan lsmail Petra naik tahkta sebagai Sultan Kelantan yang baharu menggantikan baginda.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.