Sungai Melor Di Kelantan Perlu Diperdalamkan Untuk Elak Banjir Berulang

Pembesaran dan pendalaman Sungai Melor atau Mahligai perlu dilakukan segera bagi menyelamatkan rumah di beberapa kampung berdekatan agar kejadian rumah ditenggelami banjir seperti akhir Disember tahun lalu dan awal Januari tahun ini tidak berulang.

image_1

Yang Dipertua Pas Kawasan Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh berkata, memandangkan musim tengkujuh sudah hampir, ramai penduduk menyatakan kebimbangan takut rumah ditenggelami air sekali lagi.

“Menurutnya, berdasarkan tinjauan menerusi Program Pemukiman di Kawasan Ketereh bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, awal tahun baru-baru ini, mendapati terdapat dua halangan menyebabkan laluan air tersekat semasa hujan.

“Masalah adalah berpunca daripada baik pulih yang dilakukan sebelum ini untuk melebarkan jambatan yang asalnya sempit.

“Halangan itu berlaku apabila ‘culvert’ didapati kecil menyebabkan jalan di situ ditambak menjadi tinggi bagi membolehkan air yang terhalang di bawah jambatan Sungai Melor dan Mahligai sebelum ini boleh lalu dengan laju.

“Dengan membina jambatan, permukaan asas terpaksa diperkukuhkan bagi menampung seluruh binaan.

“Kita tidak dapat mengelak daripada menambak permukaan asas dan untuk menyelesaikan masalah ini, kita perlu mendapat nasihat teknikal bagi mengkaji semula struktur jambatan dan keseluruhan binaan,” katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa Program Ziarah Warga Emas Sakit Kronik dan mangsa banjir Januari lalu, Ismail Besar, di Kampung Sri Kulim, Melor, di sini.

Wan Ismail yang juga bekas Adun Melor berkata, apabila hujan lebat, aliran air terlalu laju dihalang oleh sungai yang bengkok mengakibatkan air melimpah ke jalan raya, sekaligus mudah berlakunya banjir.

“Kita harap supaya semua perancangan disiapkan sebelum banjir untuk tahun mendatang dan kami amat prihatin dengan kerisauan penduduk.

“Kita menjangkakan apabila siap pembentungan sungai, maka paras air menjadi rendah.

“Semasa program pemukiman lalu Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberikan kerjasama,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.