Home Tags Cantik

Tag: cantik

Keindahan Yang Tersimpan Di Taman Negara Kuala Koh Di Jajahan Gua...

Taman negara ini juga merupakan rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna yang unik. Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak kira-kira 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ianya mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Gambar Di Sekitar Jeram Mengaji Di Selinsing

Jeram Mengaji atau dikenali juga sebagai Jeram Mak Nenek ini telah dibuka pada tahun 2005, dan masih lagi dalam pembangunan. Jeram ini terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram Mengaji ini bakal dibangunkan sepertimana Jeram Pasu dan Jeram Linang.

Sejarah Kampung Salor Di Kelantan

Kampung Salor ini merupakan antara sebuah kampung yang terkenal dari sejak dahulu lagi. Dari segi sejarah, kampung ini pernah mempunyai raja-raja yang memerintah Daerah Salor. Raja pertama kampung Salor bernama Long Muda gelar Engku Kota iaitu anakanda Yang Di Pertuan Long Yunus. Baginda menjadi Raja Salor pertama selepas dianugerahkan oleh kekanda Baginda iaitu Sultan Muhammad I selepas selesai dari peritiwa Perang Kelantan-Terengganu pada tahun 1801.

Tasik Pergau Di Jeli Tarik Perhatian Ribuan Pelancong

Suasana Tasik Pergau yang nyaman dan damai ini pastinya akan mencuri hati pelancong untuk kembali ke sini. Laporan tahunan yang diterima juga turut menyatakan bahawa tasik ini menjadi persinggahan tahunan pelancong asing. Tasik Pergau juga berjaya menarik lebih daripada 30 000 pelancong. Tasik ini juga sesuai untuk dikunjungi oleh kaki pancing sementelah Tasik Pergau mempunyai ikan air tawar yang menarik seperti lampam , talapia dan toman.

Beriadah Di Jeram Pasu Pasir Puteh, Kelantan

Jeram Pasu ini juga terkenal sebagai tempat rekreasi yang dipenuhi keindahan flora dan faunanya yang tersendiri. Untuk keselesaan pengunjung , Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan.

Dabong, Khazanah Alam Semulajadi Di Kelantan

Dabong dikelilingi hutan tropika yang menghijau serta sesuai untuk aktiviti rekreasi terutamanya bagi anda yang berminat mendaki gunung, meneroka gua, berakit di arus deras dan jeram. Dabong ini boleh dikatakan sebagai alam kayangan bagi mereka yang mencintai keindahan alam semulajadi.

Kecantikkan Puteri Sa’adong Bawa Petaka

Puteri Sa'adong merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang dan Raja Loyor yang berasal dari Pattani. Mereka telah membuka sebuah petempatan di negeri Kelantan kerana tertarik dengan kecantikkan dan keindahan yang ada di tempat tersebut. Cik Siti Wan Kembang telah menamakan tempat tersebut sebagai Tanah Serendah Sekebun Bunga. Istilah 'serendah' diambil sempena tanah di kawasan tersebut yang agak rata. Dari situlah wujudnya nama Kampung Serendah Sekebun Bunga yang masih lagi kekal di Ketereh, Kelantan sehingga sekarang.

MESTI BACA