Home Tags Jeram

Tag: jeram

Gambar Di Sekitar Jeram Mengaji Di Selinsing

Jeram Mengaji atau dikenali juga sebagai Jeram Mak Nenek ini telah dibuka pada tahun 2005, dan masih lagi dalam pembangunan. Jeram ini terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram Mengaji ini bakal dibangunkan sepertimana Jeram Pasu dan Jeram Linang.

Beriadah Di Jeram Pasu Pasir Puteh, Kelantan

Jeram Pasu ini juga terkenal sebagai tempat rekreasi yang dipenuhi keindahan flora dan faunanya yang tersendiri. Untuk keselesaan pengunjung , Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Daerah Pasir Puteh telah membina banyak kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, wakaf rehat, tandas awam, restoran dan gerai serta kolam mandi buatan.

Serba Sedikit Kisah Di Pasir Puteh, Kelantan

Dalam Jajahan Pasir Puteh juga, terdapat beberapa buah bukit lantaran Pasir Puteh ini sememangnya terkenal dengan bentuk muka buminya yang berbukit. Antara bukit-bukit yang terdapat di sini ialah Bukit Jerus, Bukit Bayoh, Bukit Mak Lipah, Bukit Belakang Parang, Bukit Batu Kawi dan Bukit Peraksi. Bukit yang tertinggi di Pasir Puteh ialah Bukit Mak Lipah dengan ketinggian 868 kaki, terletak berhampiran dengan sempadan Bachok di sebelah utara.

MESTI BACA