Home Tags Kelantan

Tag: kelantan

Tempat-Tempat Menarik Yang Boleh dikunjungi Di Gua Musang, kelantan

Pun begitu, Gua Musang kini telah kembali seperti sediakala dengan pelbagai kemudahan, selain kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan giat menjalankan promosi untuk menarik minat pelancong mengunjungi daerah itu. Berikut merupakan antara tempat-tempat yang menarik di Gua Musang yang boleh dikunjungi.

Keindahan Yang Tersimpan Di Taman Negara Kuala Koh Di Jajahan Gua...

Taman negara ini juga merupakan rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna yang unik. Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak kira-kira 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ianya mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

RM17 Juta Peruntukan Baik Pulih Pantai Mek Mas Dan Pantai Kundor

“Usaha ini akan siap sebagaimana yang ada di Pantai Cahaya Bulan (PCB) ini dan kita berharap, menerusi projek ini, 400 penduduk di sekitar Kampung Mek Mas dan Pulau Kundor berasa lega setelah puluhan tahun bimbang setiap kali tibanya musim banjir,” katanya.

Sukar Cam Cina Peranakan Kelantan

Disamping itu, Cina Peranakan turut mengamalkan pemakanan orang Melayu seperti nasi kerabu, budu, sambal belacan dan jering. Malah, mereka juga percaya kepada bomoh iaitu antara kepercayaan yang sinonim dengan orang Melayu atau Siam. Sementara itu, Koh Guat Sing, 47, berkata Kampung Pasir Parit adalah kawasan penempatan Cina Peranakan terbesar di Kelantan membabitkan keluasan dua kilometer persegi dengan jumlah penduduk lebih 1,000 orang.

Lawatan Henry Norman, Ahli Parlimen British Ke Kelantan Pada 1890

Pada bulan Julai 1890, seorang ahli parlimen British yang bernama Henry Norman telah membuat lawatan ke Timur Jauh, termasuk Semenanjung Tanah Melayu. Ketika berada di semenanjung, beliau telah melawat Kelantan melalui sungai dari negeri Pahang. Beliau telah menaiki rakit dari Ulu Kelantan hingga ke Kota Bharu.

Kelantan Di Bawah Naungan Empayar British Dan Jepun

Namun, apabila British masuk ke Kelantan, mereka mula campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri Kelantan. Walaubagaimanapun, British tidak mencampuri urusan adat istiadat dan agama meskipun ada tangan yang cuba mengganggunya ketikaSir Laurence Guillermard menjadi Gabenor Malaya.

Penubuhan Penjara Pengkalan Chepa Di Kelantan

Penjara Pengkalan Chepa ini dipecahkan kepada 2 Bahagian iaitu Penjara Lelaki dan Penjara Wanita yang mana penjara ini kini dapat menampung melebihi 1,000 orang banduan yang terdiri daripada beberapa kategori hukuman dan tahanan seperti Banduan Akhir, Banduan Seumur Hidup, Banduan Hukuman Lama, Banduan Hukuman Singkat, Tahanan Mahkamah Tinggi, Tahanan Mahkamah Sesyen, Tahanan Mahkamah Majistret, Banduan Dagang dan Tahanan Imigeresen.

Kilang Mancis Cap Lada Di Kelantan Paling Tua Di Malaysia

Kilang Mancis Cap Lada atau lebih dikenali sebagai 'gesek' di Kelantan merupakan kilang mancis yang paling lama dan tertua di Malaysia. Kilang mancis ini telah dibuka sejak tahun 1933 yakni sebelum merdeka dan masih beroperasi sehingga kini (84 tahun).

Sejarah Penubuhan Kelantan Water Sdn Bhd

KWSB mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Oktober 1995 setelah mengambil alih semua tanggungjawab dari Jabatan Bekalan Air. KWSB juga bertanggungjawab untuk mengendalikan bekalan air sedia ada, perawatan air dan sistem pembekalan termasuk mengeluarkan bil dan mengutip hasil serta memajukan keperluan penduduk negeri Kelantan.

Asal Usul Nama Kampung Hutan Buloh, Melor, Kota Bharu, Kelantan

Cerita asal adanya kampung ini juga dikatakan lebih kepada kes pergaduhan yang sering berlaku di antara kampung-kampung berhampiran yang menyebabkan mereka yang kalah telah menggunakan kampung ini sebagai tempat persembunyian lantaran faktor hutannya yang tebal. Pada asalnya, hanya terdapat tiga keluarga sahaja yang mendiami kampung ini.

MESTI BACA