Home Tags Menarik

Tag: menarik

Tempat-Tempat Menarik Yang Boleh dikunjungi Di Gua Musang, kelantan

Pun begitu, Gua Musang kini telah kembali seperti sediakala dengan pelbagai kemudahan, selain kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan giat menjalankan promosi untuk menarik minat pelancong mengunjungi daerah itu. Berikut merupakan antara tempat-tempat yang menarik di Gua Musang yang boleh dikunjungi.

Gambar Di Sekitar Jeram Mengaji Di Selinsing

Jeram Mengaji atau dikenali juga sebagai Jeram Mak Nenek ini telah dibuka pada tahun 2005, dan masih lagi dalam pembangunan. Jeram ini terletak lebih kurang 6 km dari Pekan Selising atau 22 km dari Bandar Pasir Puteh. Jeram Mengaji ini bakal dibangunkan sepertimana Jeram Pasu dan Jeram Linang.

Cerita Yang Tersimpan Disebalik Bachok, Kelantan

Bachok merupakan salah satu jajahan yang terdapat di Kelantan yang terletak di sebelah barat daya kira-kira 35 kilometer dari Kota Bharu. Bochok juga turut terkenal sebagai perkampungan nelayan. Menurut cerita penduduk setempat, nama Bachok ini dikatakan berasal daripada dua perkataan Siam iaitu 'ban' and 'chak'.

Muzium Islam Di Jalan Sultan Kota Bharu, Kelantan

Gelaran negeri Cik Siti Wan Kembang amat sinonim dengan Kelantan bahkan nama ini juga turut popular dalam kalangan masyarakat luar Kelantan. Begitu juga, Kelantan dengan jolokan negeri Serambi Mekah yang sememangnya kaya dengan warisan budaya yang telah dipelihara oleh pihak berwajib untuk tatapan generasi akan datang. Terdapat banyak bangunan-bangunan yang mempunyai nilai tinggalan sejarah dan warisan dalam masyarakat terdahulu yang penting untuk kita pelihara termasuklah Muzium Islam yang terletak di Jalan Sultan Kota Bharu, bersebelahan dengan Masjid Muhammadi, Padang Merdeka dan juga Memorial Perang Dunia Kedua.

MESTI BACA