Home Tags Semulajadi

Tag: semulajadi

Keindahan Yang Tersimpan Di Taman Negara Kuala Koh Di Jajahan Gua...

Taman negara ini juga merupakan rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna yang unik. Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak kira-kira 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ianya mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai.

Stesen Kereta Api Wakaf Bharu Lambang Sejarah Kelantan

Bagi penduduk di pantai timur terutama di Kelantan pula, perkhidmatan kereta api antara bandar yang diuruskan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan perkhidmatan yang terpenting bagi menghubungkan penduduk di sini. Perkhidmatan itu juga penting bagi menghubungkan penduduk pantai timur dengan pantai barat terutamanya bagi perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, Johor Baharu, dan bahagian utara Semenanjung.

Tasik Pergau Di Jeli Tarik Perhatian Ribuan Pelancong

Suasana Tasik Pergau yang nyaman dan damai ini pastinya akan mencuri hati pelancong untuk kembali ke sini. Laporan tahunan yang diterima juga turut menyatakan bahawa tasik ini menjadi persinggahan tahunan pelancong asing. Tasik Pergau juga berjaya menarik lebih daripada 30 000 pelancong. Tasik ini juga sesuai untuk dikunjungi oleh kaki pancing sementelah Tasik Pergau mempunyai ikan air tawar yang menarik seperti lampam , talapia dan toman.

Keindahan Gua Madu Kampung Batu Papan Di Kelantan

Gua ini juga dipercayai menjadi tempat terbesar bagi lebah membuat sarang di negeri Kelantan. Pelancong yang berkunjung ke sini juga berpeluang untuk melihat sendiri beberapa sarang lebah dan bekas lilin yang terhasil daripada madu yang melekat di dinding gua dan dipercayai telahpun berusia puluhan tahun

Dabong, Khazanah Alam Semulajadi Di Kelantan

Dabong dikelilingi hutan tropika yang menghijau serta sesuai untuk aktiviti rekreasi terutamanya bagi anda yang berminat mendaki gunung, meneroka gua, berakit di arus deras dan jeram. Dabong ini boleh dikatakan sebagai alam kayangan bagi mereka yang mencintai keindahan alam semulajadi.

MESTI BACA