Tasik Pergau Di Jeli Tarik Perhatian Ribuan Pelancong

Tasik Pergau merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terhasil akibat pembinaan empangan hidroelektrik. Tasik Pergau ini terletak di jajahan Jeli dan dikatakan tidak kurang hebatnya berbanding tasik-tasik lain di Malaysia serta tasik ini juga kaya dengan kecantikkan alam semulajadinya disamping mampu menarik pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand, Eropah dan Jepun.

Pergau-3

Suasana Tasik Pergau yang nyaman dan damai ini pastinya akan mencuri hati pelancong untuk kembali ke sini. Laporan tahunan yang diterima juga turut menyatakan bahawa tasik ini menjadi persinggahan tahunan pelancong asing. Tasik Pergau juga berjaya menarik lebih daripada 30 000 pelancong. Tasik ini juga sesuai untuk dikunjungi oleh kaki pancing sementelah Tasik Pergau mempunyai ikan air tawar yang menarik seperti lampam , talapia dan toman.

38945822

Untuk berkunjung ke Tasik Pergau ini bukanlah sesuatu yang sukar lantaran jeti untuk ke tasik ini terletak tidak jauh dari jalan utama iaitu kira-kira 500 meter sahaja. Kawasan ini juga dikenali sebagai Taman Lindungan Tasik Pergau. Pelancong yang berkunjung ke sini pastinya tidak akan menyesal kerana Tasik Pergau menjanjikan pelbagai aktiviti menarik disamping panorama flora dan faunanya yang menenangkan jiwa.

56097300

Apa yang menarik lagi di tasik Pergau ini, ianya dikelilingi hutan hujan yang dikatakan lebih tua daripada tasik Amazon, Brazil. Kehijauan hutan hujan ini sangat memukau pandangan yang akan memberikan pengalaman yang manis dan unik untuk dikenang oleh pelancong yang telahpun menjejakkan kaki disini. Suhunya pada waktu malam juga sejuk mencecah sehingga 18 darjah celcius.

20160318-wa0051

Terdapat kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) untuk keselesaan pelancong termasuklah chalet terapung, surau, khemah, hostel, dewan makan dan bilik mandi. Bayaran yang dikenakan untuk bermalam di tepi tasik hanyalah sekitar RM70 termasuklah kos menaiki bot. Kecantikkan Tasik Pergau ini pastinya akan menggamit hati setiap pelancong untuk terus ke sini. Untuk itu, keindahan yang ada di Tasik Pergau ini diharapkan akan terus terjaga dan dilindungi.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.