Tempat-Tempat Menarik Yang Boleh dikunjungi Di Gua Musang, kelantan

Bagi yang masih ingat, negara kita pernah dikejutkan dengan peristiwa banjir besar yang melanda Pantai Timur pada Disember 2014. Daerah Gua Musang di Kelantan merupakan antara kawasan paling teruk terjejas akibat bencana tersebut malah hampir keseluruhan daerah itu ditenggelami air.

Pun begitu, Gua Musang kini telah kembali seperti sediakala dengan pelbagai kemudahan, selain kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan giat menjalankan promosi untuk menarik minat pelancong mengunjungi daerah itu. Berikut merupakan antara tempat-tempat yang menarik di Gua Musang yang boleh dikunjungi.

1. Taman Etnobotani

botani

Taman Etnobotani atau Taman Mini Herba terletak di belakang Kolej Poly Tech Mara Kesedar, Gua Musang. Kawasan taman ini seluas 25 hektar merangkumi tanaman herba sebagai tarikan utama. Kami difahamkan sebanyak 500 tanaman herba bakal ditanam di taman ini.

Berlatarbelakangkan gua batu kapur dan persekitaran yang tenang, beberapa aktiviti rekreasi turut ditawarkan seperti rock climbing, berkhemah, penganjuran aktiviti-aktiviti khas seperti hari keluarga, kursus-kursus dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan asas dan kelengkapan aktiviti termasuk kemudahan penginapan turut disediakan dan sekarang ini Taman Etnobotani menjadi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di samping dibuka untuk pelancong.

2. Kesedar Inn

inn

Mungkin anda hairan mengapa kami menyenaraikan Kesedar Inn sebagai satu daripada tempat menarik di Gua Musang. Jawapannya mudah. Ini kerana sebanyak 80 peratus bangunan hotel itu rosak akibat bencana banjir pada 2014. Kebanyakan kemudahannya seperti katil dan perabot musnah dan kesannya masih boleh dilihat.

3. Gua, Gua Musang

gua

Kalau nak tahu asal-usul Gua Musang, anda kena datang sendiri ke sebuah gua yang terletak berhampiran stesen kereta api lama Gua Musang. Khabarnya nama gua tersebut diperoleh berdasarkan batu berbentuk musang yang terdapat di dalamnya.

4. Tokong Swee Nyet (Tokong Mek)

tokong

Asal-usul nama Tokong Swee Nyet ini berdasarkan gambar lukisan Tokong Mek (Dewi Kuan Yin) yang dibawa penganut agama Buddha ketika berhijrah ke Kampung Pulai.

5. Stesen Kereta Api Lama Gua Musang

stesen

Stesen ini ditutup sejak 2014 selepas banjir besar. Kini, stesen itu dijadikan sebagai satu daripada peninggalan sejarah untuk tatapan pelancong. Bagi anda yang menggemari bidang fotografi, mungkin stesen ini menjadi antara spot terbaik.

Stesen ini terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Gua Musang, Tokong Swee Nyet atau Tokong Mek di Kampung Pulai merupakan satu peninggalan sejarah Malaysia, selain pernah menjadi penempatan asal kaum Cina yang pertama di Kelantan kira-kira 500 tahun lalu.

6. Kampung Redip, Pos Hau, Gua Musang

image

Kampung ini merupakan perkampungan Orang Asli yang menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti khas untuk pelancong termasuk chalet. Antara aktiviti yang menanti pengunjung ialah demonstrasi masakan tradisional, pemasangan jerat, menyumpit, permainan tradisional, persembahan kebudayaan dan eksplorasi bunga Rafflesia.

Sumber: Utusan Online

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.