Tiga Beranak Nyaris Dihempap Bumbung Rumah Di Kampung Rupek Pendek, Kota Bharu

29 Ogos 2017, Sinar Harian melaporkan berita tentang tiga beranak yang nyaris dihempap bata dan kayu yang runtuh dari bumbung rumah mereka, dalam kejadian di Kampung Rupek Pendek, Kota Bharu.

image_2

Bagaimanapun ketiga-tiganya tidak mengalami sebarang kecederaan parah malah hanya salah seorang sahaja yang mengalami cedera ringan akibat serpihan bata dan kayu terkena kepala.

Menceritakan detik cemas itu, Azizah Jusoh, 45, berkata, dia bersama dua lagi anak kembarnya, Siti Syazwana dan Siti Syazwani sedang tidur di ruang tamu selepas selesai solat Subuh.

Namun begitu, mereka dikejutkan dengan bunyi kuat dari atas bumbung kira-kira jam 8.30 pagi dan secara tiba-tiba batu-bata dan kayu dari atas bumbung jatuh hampir menghempap mereka sekeluarga.

Kata Azizah Jusoh, semasa kejadian itu berlaku, beliau terus bangun daripada tidur, namun anak keempat beliau, Syazwana tidak sempat melarikan diri dan serpihan terbabit telah terkena kepalanya. Walaupun begitu, Syazwana bernasib baik kerana beliau hanya mengalami kecederaan ringan.

Azizah berkata lagi, kemungkinan kediaman pusaka yang berusia lebih 60 tahun itu dimakan anai-anai dan sebahagian kayunya sudahpun reput sehingga menyebabkan bumbung rumah runtuh. Apa pun, beliau bersyukur kerana tiada kejadian tidak diingini berlaku dan mereka semua selamat.

Mereka yang masih terkejut dengan kejadian itu tetap bersyukur kerana tidak ada ahli keluarga cedera parah termasuklah ibu Azizah yang sudah uzur yang turut tinggal bersama beliau. Semasa kejadian berlaku, Azizah mengatakan ibunya berada di dapur. Cuma, kawasan ruang tamu rumah mereka telah musnah akibat kejadian tersebut.

Sementelah itu, Pentadbir Mukim Dun Pasir Tumboh, Wan Azizi Abdul Ghani berkata, pihaknya akan mengusulkan kes terbabit kepada pihak Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan di bawah Bantuan Bencana.

Katanya lagi, beliau akan mendapatkan bantuan penduduk bagi menjalankan gotong-royong untuk membersihkan barang-barang keperluan harian keluarga berkenaan memandangkan sambutan Aidiladha makin hampir dan keluarga terbabit perlu dibantu.

Sebarang bantuan boleh salurkan melalui nombor akaun Azizah Jusoh di nombor akaun Maybank (153010716521) Azizah Jusoh. Sumber dipetik daripada Sinar Harian.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.