Tiga Pemerintahan Dalam Satu Masa Di Kelantan

Sejarah Kelantan mencatatkan Sultan Ibrahim sebagai pemerintah Kelantan yang memegang takhta buat kali kedua bermula tahun 1570. Untuk pengetahuan orangkelantan.com, Sultan Ibrahim telah ditabalkan sebagai pemerintah bagi Dinasti Chermin iaitu sebuah kerajaan tua yang pernah wujud di Kelantan yang terletak di sekitar Tasik Tok Uban dan Bukit Panau. Dalam masa yang sama, Raja Loyor yang berasal dari Pattani juga turut ditabalkan sebagai Raja Kelantan yang memerintah bermula tahun 1579. Pemerintahan Raja Loyor di Kelantan telah bertapak dengan kuat dalam sejarah Kelantan yang mana telah menimbulkan kekeliruan tentang fakta berkenaan tampok pemerintahan ini. Dalam masa yang sama, dikatakan ibu saudara kepada Sultan Ibrahim iaitu Paduka Cik Siti turut dilantik menjadi Pemangku Raja pada 1585 dan memakai gelaran Cik Wan Kembang. Jadi disini, dapat disimpulkan adanya tiga tampok pemerintahan yang telah bertapak di Kelantan dalam satu masa.

antara_tasik_dan_bukit

Ramai yang menganggap Dinasti Chermin hanya sebagai mitos lantaran tiada bukti kukuh mengenai kewujudannya. Namun, apa yang pasti, kewujudan Dinasti Chermin ini sendiri diperakui oleh pengkaji sejarah. Malangnya kekeliruan mengenai Dinasti Chermin telah menyebabkan para pengkaji menarik diri daripada terus membuat kajian mengenainya. Dinasti Chermin merupakan kerajaan yang bernaung dibawah pemerintahan Sultan Ibrahim buat kedua kalinya pada tahun 1570 selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Mansur. Dinasti Chermin juga turut memerintah kerajaan Langkasuka, Kelantan dan sanggora. Dinasti ini turut meluaskan tanah jajahannya di Perak, Kedah, Utara Sumatera dan Champa. Keturunan raja-raja dinasti ini seterusnya memerintah Kelantan dan Champa di Vietnam. Dinasti Chermin kini tidak lagi dapat dilihat kerana ianya telah tenggelam ke dasar Danau Tok Uban dan mungkin ramai antara kita akan menganggap bahawa ianya hanya mitos Melayu semata-mata.

danau

Semasa pemerintahan Sultan Ibrahim pada 1570 ini telah berlaku pergolakkan politik antara negara serantau. Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, Sultan Ibrahim telah memberi laluan kepada Raja Omar yang mempunyai pertalian darah dengan kerabat raja Kelantan yang lain untuk menaiki takhta. Pengisytiharan Raja Omar sebagai Raja Kelantan yang baru dilihat mampu mengembalikan kegemilangan Kelantan. Pemerintahan Raja Omar telah menyebabkan peralihan kuasa antara Kelantan dan Pattani. Pada tahun 1579 pula, Raja Loyor telah ditabalkan sebagai Raja Kelantan bagi pihak Pattani dengan memakai gelaran Sultan Adiluddin.

makam_r.loyor

Walhal, setelah Raja Omar turun takhta pada tahun 1570, Sultan Ibrahim telah ditabalkan semula sebagai Raja Kelantan bermula tahun 1570-1597. Lantaran itu, Raja Loyor telah memerintah Kelantan bersama-sama dengan Sultan Ibrahim. Raja Loyor atau Sultan Adiluddin merupakan salah seorang anak kepada Nik Jamaluddin bin Wan Abu Muzaffar yang dilantik sebagai Datu Kelantan bagi pihak kerajaan Pattani. Setelah kemangkatan bapanya, Raja Loyor telah dilantik menjadi raja. Beliau juga dikatakan pemula kepada keturunan Raja Jembal di Kelantan. Raja Loyor juga merupakan bapa kepada Puteri Sa’adong yang merupakan anak angkat Cik Siti Wan Kembang. Cik Siti Wan Kembang juga merupakan antar Raja Kelantan yang tersohor dalam sejarah dunia.

cik siti

Satu lagi tampok pemerintahan Kelantan pada tahun 1585 dipegang oleh Cik Siti Wan Kembang. Seperti yang diketahui umum, Cik Siti Wan Kembang merupakan raja perempuan pertama yang dilantik dan merupakan seorang pemerintah yang ulung. Cik Siti Wan Kembang ini juga merupakan ibu saudara kepada Sultan Ibrahim. Cik siti wan Kembang telah memerintah Gunung Chintawangsa atau sebelumnya dikenali sebagai Gunung Dang Besar yang terletak di Ulu Kelantan dan dicatatkan berakhir pada 1610. Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan sangat masyhur dan terkenal dalam dunia pedagangan sehingga mampu menarik kedatangan ramai pedagang dari tanah Arab ke sini. Pada Masa ini juga, disebelah Timur kelantan telah muncul satu lagi pemerintahan kerajaan Jembal di bawah Raja Loyor yang menggantikan tempat bapanya. Dikatakan, Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Sa’adong yang merupakan anak kepada Raja Loyor sebagai anak angkatnya untuk mewarisi takhta pemerintahan kerana baginda tidak mempunyai anak.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.