Tok Janggut, Pejuang Terbilang Di Kelantan

Jika diikutkan, sudah banyak artikel mengenai perjuangan Tok Janggut diketengahkan sebelum ini. Namun, kesemua berkongsi matlumat yang sama dan tidak banyak maklumat catatan yang boleh diambil sebagai rujukan serta pengajaran bersama.

Pada masa yang sama masih banyak persoalan yang tidak terjawab. Ada juga pihak yang sangsi dengan banyak fakta yang dikeluarkan mengenai Tok Janggut. Ramai yang percaya bahawa kisah Tok Janggut yang mati dibunuh hanyalah rekaan semata bagi mengelapkan sejarah perjuangan tokoh Serambi Mekah ini.

Sebaliknya ramai yang beranggapan bahawa penjajah sendiri tertipu kerana Tok Janggut sebenarnya telah berjaya menyelamatkan diri. Gambar mayat lelaki yang digantung secara songsang untuk tatapan umum juga didakwa bukan Tok Janggut.

Org puteh

Cucu sepupu Tok Janggut sendiri, Ustaz Wan Asrul Wan Hussin mendedahkan bahawa Tok Janggut atau nama penuhnya Haji Mat Hassan Munas sebenarnya hanya mengalami sedikit kecederaan di bahu kirinya ketika kemuncak pertempuran dengan British di Kampung Dalam Pupoh, Pasir Puteh pada 24 Mei 1915.

Tok Janggut kemudiannya dikatakan disembunyikan oleh pengikutnya di Hulu Kelantan iaitu di Gua Musang. Sesudah sembuh daripada kecederaan di bahunya, Tok Janggut dikatakan berpindah ke Machang sebelum kedatangan tentera Jepun ke Tanah Melayu.

TokJanggut

Beliau menolak sekeras-kerasnya dakwaan yang kononnya mayat Tok Janggut diarak di sekeliling bandar Kota Bharu dan kemudiannya ia digantung secara songsang dengan keadaan separuh bogel selama tiga hari. Tegasnya, kisah itu hanya semata rekaan yang dibuat atas desakan British yang mahu menakut-nakutkan orang Melayu bagi memastikan tiada lagi kebangkitan kedua di negeri Kelantan.

Tambah beliau lagi, kebanyakan penduduk Kota Bharu tidak kenal akan wajah sebenar Tok Janggut dan mereka hanya mendengar cerita dari mulut ke mulut sahaja. Menurut beliau lagi, wajarkah Tok Janggut yang mempunyai ilmu agama tinggi diaibkan sebegitu?

Jelas Wan Asrul lagi penampilan fizikal Tok Janggut adalah Melayu Kelantan Asli. Ibunya, Che Mah berasal dari Pattani manakala ayahnya Munas orang Melayu dari Kampung Saring, Pasir Puteh. Kata beliau tidak ada mana-mana anak-beranak Tok Janggut berwajah Sikh seperti dalam gambar itu. Malah, Tok Samad, iaitu datuk kepada Tok Janggut adalah Melayu Asli dan antara orang yang terawal membuka daerah Pasir Puteh,.

tok janggut1

Yang menjadi persoalannya ialah jika benar Tok Janggut masih hidup selepas pertempuran di Pasir Puteh, mengapa beliau tidak mengisytiharkan dirinya seperti yang dilakukan oleh Mat Kilau pejuang Pahang. Keadaan Tok Janggut ketika itu sudah uzur dengan umurnya dipercayai sekitar 116 tahun dan bagi beliau lebih baik memilih mendiamkan diri. Meskipun Tanah Melayu ketika itu sudah mencapai kemerdekaan, tetapi bagi Tok Janggut paling utama pesanan yang di bawa daripada gurunya Ahmad al- Fatani, iaitu bebaskan tanahair daripada penjajah sudah tercapai.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.