Viral Saman Rokok Di Kawasan Pasar Siti Khadijah Dan Sekitarnya Adalah Tidak Benar

Kerajaan Negeri Kelantan menafikan kenyataan yang kononnya saman akan dikenakan kepada mereka yang merokok di kawasan Pasar Siti Khadijah dan kawasan berhampirannya. Pihak mereka menafikan bahawa saman sudah pun dikuatkuasa adalah tidak benar, sebaliknya apa yang dilakukan pada masa ini adalah pendekatan pendidikan kepada orang awam.

rokok

Pegawai Khas Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, beliau yang mewakili Pengerusi Jawatankuasanya, Datuk Dr Ramli Mamat menyangkal tular tersebut.

“Kenyataan yang diviralkan itu tidak tepat dan tidak benar sama sekali, sebaliknya pihak kerajaan negeri dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) sejak 2014/2015 memperkenalkan program yang dinamakan Inisiatif Kelantan Bebas Asap Rokok (IKBAR).

rokok2

“Untuk peringkat pertama sehingga Disember tahun ini, kerajaan negeri dan beberapa pihak berkaitan mengambil pendekatan kefahaman, pendidikan dan penerangan bagi membolehkan orang ramai faham sebelum pelaksanaan saman dijalankan tahun depan,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkara tersebut.

Pada 23 September lalu, Sinar Harian melaporkan pengumuman yang dilakukan oleh Dr Ramli terhadap pewartaan kepada 24 kawasan IKBAR, malah semasa pengumuman berkenaan, beliau mengingatkan saman kompaun tidak dilaksanakan sehingga pada Januari 2018.

Nasruddin berkata, pada bulan Oktober ini, pihaknya bersama Jabatan Kesihatan hanya mengeluarkan notis bagi kawasan terpilih atau disebut sebagai saman pendidikan.

asap_okok

“Tidak timbul isu, malah Majlis Perbadaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MPKB-BRI) tidak pernah mengeluarkan saman kompaun sebagaimana yang diviralkan.

“Bahkan, inspektor kesihatan (IK) juga adalah daripada Pejabat Kesihatan Negeri Kelantan, manakala wakil MPKB-BRI hanya beberapa orang sahaja mempunyai kuasa mengeluarkan saman notis pendidikan,” katanya.

Nasruddin berkata, pewartaan kawasan larangan merokok itu bertujuan melindungi masyarakat daripada bahaya asap rokok.

rokokanak

Kata beliau, usaha itu juga bertujuan untuk membudayakan amalan tidak merokok dalam kalangan rakyat Kelantan dengan mengehadkan kawasan yang dibenarkan merokok terutamanya di kawasan tumpuan awam.

“Program ini melindungi orang tidak merokok untuk mendapat hak menikmati udara segar, malah masyarakat perlu menghormati hak orang tidak merokok,” katanya.

Sumber:Sinar Harian

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.