Virus H5N1 Menular Di Kelantan

Baru-baru ini Kelantan dikatakan heboh disebabkan oleh wabak selesema burung (H5N1) yang dikatakan telah menyerang di beberapa jajahan. Jajahan yang paling awal dikesan menerima serangan H5N1 ini ialah Kampung Pulau Tebu, Tunjong. Bagaimanapun serangan ini telah merebak dan menular ke beberapa jajahan lain seperti Pasir Mas, Pasir Puteh dan jumlah penularan ini telah menyebabkan sebanyak 23,768 ekor unggas terpaksa dilupuskan. Perkara ini telah mendapat liputan meluas dari Utusan Online.

pembiakan

Virus H5N1 ini biasanya dibawa oleh unggas liar dan tidak berbahaya pada awalnya. Namun begitu, virus ini mula berubah menjadi bahaya dan menyerang kehidupan manusia apabila virus tersebut dikatakan mampu menyesuaikan diri dan bermutasi yang menyebabkannya mempunyai kemampuan untuk menyerang manusia. Virus ini dikatakan berjangkit melalui air liur, lelehan hidung dan najis burung. Virus ini juga merebak di udara dan baja serta mampu bertahan hidup lebih lama dalam udara sejuk. Virus ini juga boleh bejangkit melalui air dan makanan yang tercemar, peralatan serta pakaian. Tempoh untuk membolehkan virus ini aktif ialah antara tiga hingga lima hari dan ianya boleh membunuh dalam masa beberapa hari sahaja.

virus H5N1

Penyebaran wabak H5N1 ini telah dikatakan sebagai satu bencana yang perlu ditangani dengan segera agar tidak terus tersebar. Hal ini demikian kerana, wabak ini yang mampu membunuh akan membawa kesan buruk kepada penduduk. Menurut Datuk Che Abdullah Mat Nawi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, beliau berkata wabak ini perlu diletakkan di bawah Majlis Arahan Keselamatan Negara (MKN) 20. tindakan ini adalah untuk menjaga keselamatan penduduk kampung.

cara jangkitan

Lantaran itu, semua agensi yang terlibat telah dikerahkan untuk mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengelakkan wabak H5N1 ini terus merebak dan meragut nyawa penduduk. Sebanyak 23 buah kampung di keempat-empat jajahan tersebut telah dikenalpasti adanya virus H5N1. Tindakan pantas telah diambil untuk mencegah virus tersebut dan sebanyak 23,768 ekor unggas dan 881 biji telur telah dilupuskan walaupun wabak tersebut dikatakan telah merebak dengan cepat. Pihak yang bertanggungjawab juga telah mengambil tindakan dengan menghapuskan binatang yang telah dijangkiti virus H5N1.

ayam

Penularan kes ini dikatakan agak teruk namun belum ada lagi jangkitan ke atas manusia. Walaupun bagaimanapun, langkah awal perlu diambil agar tidak berlaku sebarang kematian yang disebabkan oleh wabak ini. Justeru itu, penduduk sendiri perlu prihatin dengan keadaan sekitar mereka terutama kawasan rumah agar rumah yang didiami tidak menjadi kawasan pembiakan virus H5N1 yang mampu mengancam nyawa. Hal ini demikian kerana, soal kesihatan dan keselamatan kita tidak hanya bergantung kepada pihak tertentu sahaja, bahkan kita sendiri perlu memastikan diri kita selamat dan tidak menjadi mangsa sebarang penyakit.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.