Wajib Pergi Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan (PCB) merupakan antara tempat perkelahan yang menarik di Kelantan. Pantai ini terletak kira-kira 10 meter dari bandar Kota Bharu. Pantai ini juga dulunya turut dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Oleh kerana kedudukannya yang dekat dan mudah dikunjungi telah menjadikan pantai sebagai tempat yang paling digemari oleh masyarakat setempat. Masyarakat setempat sering menjadikan pantai ini sebagai tempat beriadah bersama keluarga khususnya pada hari minggu.

Apa yang membuatkan pantai ini unik dan disukai ramai adalah disebabkan kawasan pesisiran pantainya yang panjang selain turut menyediakan kemudahan awam yang selesa seperti tandas dan surau. Di sepanjang pantai ini juga turut terdapat deretan kedai yang menjual pelbagai ikan bakar mahupun makanan laut.

Pantai Cahaya Bulan

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman bermain layang-layang juga bolehlah berkunjung ke sini lantaran terdapat pelbagai rekaan layang-layang dengan warnanya yang menarik yang turut dijual di sini. Pastinya aktiviti sebegini dapat menghilangkan segala tekanan dan dapat merehatkan minda. Aktiviti bermain layang-layang ini juga dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga dan kemesraan yang terjalin pastinya akan menjadi kenangan berharga.

Pantai Cahaya Bulan

Selain itu, di kawasan pantai ini juga terdapatnya Perdana Resort dan PCB Resort bagi mereka yang berminat untuk bermalam di kawasan pantai. Pastinya suasana bermalam di pantai akan sangat berbeza jika dibandingkan ketika berada di bandar mahupun kota. Pengalaman sebegini tidak selalu ada. Jadi sementara masih berpeluang, nikmatilah hidup anda dengan sebaik mungkin dengan suasana yang indah serta mampu menjadi kenangan seumur hidup.

Pantai Cahaya Bulan

Jika anda berkunjung dan bermalam di sekitar resort ini, jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan matahari terbenam. Pengalaman sebegini akan menjadi sangat bermakna dalam hidup. Bagi mereka, yang belum pernah ke sini, maka anda wajid menjadikan Pantai Cahaya Bulan sebagai salah satu destinasi percutian anda dan pastinya anda tidak akan menyesal.

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.