Warga Emas Dilaporkan Hilang Di Kawasan Hutan Simpan Lebir, Aring 8

Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki, Lau See, 69, yang dilaporkan hilang di kawasan Hutan Simpan Lebir, Aring 8 sejak Isnin, sedang dipergiat dan kawasan pencarian diperluas.

image_7

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Pegawai Bomba Anuar Abas berkata seramai 23 anggota daripada beberapa agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung terbabit dalam operasi berkenaan.

“Hari ini kami akan memperluaskan gerakan mencari mangsa ke kawasan tiga kilometer persegi sekitar kawasan mangsa dilapor hilang,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

DSC_0909

Anuar berkata dalam operasi semalam yang tamat pukul 6 petang, pihaknya belum menemui sebarang petunjuk kedudukan Lau tetapi kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya masih berada dilokasi yang ditinggalkan.

Beliau berkata pelbagai barang milik Lau di dalam kenderaan itu tidak terusik kerana kunci dipercayai ada pada lelaki itu. Beliau berasal dari Negeri Sembilan.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang Isnin lepas, Lau bersama dua penduduk Orang Asli masuk ke kawasn hutan simpan berkenaan untuk meninjau bagi kerja mengukur sempadan.

Pandu Amat, 45, bersama anak lelakinya menyedari kehilangan mangsa ketika perjalanan keluar dari hutan itu pukul 5 petang apabila mendapati Lau tidak berada di kenderaan.

Sumber Sinar Harian

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.