Warga Emas Maut Jatuh Telaga Di Kampung Wakaf Merah, Tendong

Jumaat lalu bersamaan 25 Ogos 2017, Berita Harian telah melaporkan seorang warga emas maut akibat terjatuh ke dalam telaga kumbahan di Kampung Wakaf Merah, Tendong. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 7.30 malam.

Mangsa yang bernama Bidah Jusoh, 76, telah ditemui oleh ahli keluarganya sekitar jam 7.30 malam lalu bertindak menghubungi pihak bomba. Walaubagaimanapun, mangsa dilaporkan maut di tempat kejadian.

telaga

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Adnan Muhammad Juri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.40 malam dan bergegas ke lokasi kecemasan bersama enam anggota yang lain.

Mangsa yang terjatuh ke dalam perigi dengan kedalaman 3.5 meter telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) di tempat terbabit. Pihak bomba berkata, mereka mengambil masa kira-kira satu jam bagi mengeluarkan mangsa menggunakan tali.

Jenazah mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Pasir Mas, untuk tindakan selanjutnya. Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang menebas rumput berhampiran telaga berkenaan lantaran penemuan sebilah sabit bersamanya. Sungguh, ajal yang bakal menjemput kita akan datang dalam pelbagai cara tanpa kita sendiri ketahui. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.