Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan

Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah diputerakan di Kota Bharu pada 20 Januari 1974. Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ialah putera kepada Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid. Baginda ialah putera kedua daripada tiga putera dan seorang puteri, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Fakhry Petra lbni Sultan lsmail Petra, dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A’ishah Putri lbni Sultan lsmail Petra.

Baginda Tengku Muhammad Faiz memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1, Kota Bharu, Kelantan. Kemudiannya, baginda telah berangkat ke London untuk menyambung pelajaran di peringkat menengah dan memilih Oakham School Rutland, England sebagai destinasi pengajiannya. Selepas berjaya mendapat 10 GCSE’S dan 3 A-Level, baginda menyambung pengajian di Sekolah Ekonomi London. Baginda telah lulus dengan meraih Ijazah Sarjana Muda Sejarah. Semasa di London, Baginda sempat mendaftar di Universiti Firence untuk mempelajari Bahasa dan Sastera Itali pada peringkat asas dan pertengahan.

pemangku

Setelah memperolehi ijazah pertama dalam bidang sejarah, baginda terus berada di London bagi melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Baginda telah memilih Kolej Universiti London bagi menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Sejarah Purba. Di universiti dan dalam bidang yang sama juga, baginda telah berjaya memperoleh ijazah lanjutan MPHIL. Sesungguhnya, baginda merupakan seorang yang cintakan ilmu dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan kepada baginda.

Faiz

Tidak cukup dengan Ijazah Sarjana, baginda menyambung lagi pelajaran baginda ke peringkat kedoktoran falsafah juga dalam bidang yang sama. Masa lapang baginda diisi dengan membaca dan melukis. Dalam bidang sukan, baginda sangat berminat dalam permainan bola sepak.

Pada 20 Mac 1989, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan sempena sambutan ulangtahun ke-30 keputeraan al-Sultan Kelantan. Pada 18 Oktober 2010, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan oleh Sultan Muhammad V. Pada 8 Disember 2016, baginda telah diperkenan dilantik sebagai Pemangku Raja Kelantan berikutan Sultan Muhammad V dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Tengku

Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan yang ke-17 pada 5 Julai 2009. Pemilihan Yang Teramat Mulia baginda Tengku Faiz sebagai Yang Dipertua MAIK sememangnya sesuai dengan tahap pendidikan tinggi dan kelayakan yang dimiliki oleh baginda.Baginda memulakan tugas pertamanya sebagi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Kelantan pada 5 Julai 2009.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.